Banjir kilat Lembah Klang: Lebih 20 kawasan dinaiki air, PPS dibuka di Dewan Sultan Sulaiman
Fareez Azman
Mac 7, 2022 18:38 MYT
Mac 7, 2022 18:38 MYT
KUALA LUMPUR: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Kelab Sultan Sulaiman susulan 23 kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air akibat banjir kilat yang melanda ibu negara, pada Isnin.
Sewaktu artikel ini diterbitkan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dan Balai Chow Kit sedang melakukan kerja-kerja pemindahan mangsa.
Info terbaharu dari Polis Kuala Lumpur, menyenaraikan kawasan-kawasan yang terjejas dalam banjir kilat ini:
1. Dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail. Buat masa ini, pengguna jalan raya masih boleh melalui dua jalan ini namun, pergerakan kenderaanm adalah perlahan;
2. Akibat air dipercayai bertakung di terowong Jalan Tun Razak, kenderaan yang melalui kawasan berkenaan dilaporkan bergerak perlahan;
3. Di bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak di ibu negara, air dilaporkan bertakung di kedua-dua arah;
4. Jalan Chan Show Lin telah dinaiki air, jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
5. Terowong Jalan Maharajalela telah ditutup , kenderaan dilencongkan ke Jalan Hang Tuah;
6. Air masih naik di Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan Mara;
7. Jalan di Masjid Al-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah dinaiki air;
8. Jalan Dang Wangi;
9. Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang;
10. Terowong bawah bulatan Pahang dinaiki air;
11. Bulatan Hishamuddin ditutup;
12. Jalan Kuching susur ke Bulatan Segambut;
13. Jalan Parlimen Ke Bulatan Dato’ Onn;
14. Jalan Syed Putra menghal Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Chen;
15. Jalan Tun Razak;
16. Jalan Cheras Lama menghala ke Jalan Shamelin, Cheras;
17. Jalan di hadapan Balai Polis Salak Selatan;
18. Jalan di hadapan Ibis Hotel di Jalan Yap Kwan Seng;
19. Jalan Brunei;
20. Jalan Pinang dan Jalan Kia Peng;
21. Jalan susur dari Jalan Travers ke Jalan Damansara, kenderaan dilencongkan ke arah Bulatan Hishamuddinl
22. Jalan Pinang (bulatan U) ke Jalan Perak; dan
23. Jalan Bulan 1