Banjir kilat Lembah Klang: Kementerian, agensi berkaitan ambil langkah segera - PM

Fareez Azman
Mac 7, 2022 10:25 MYT
Dalam ciapan di Twitter rasminya, Ismail Sabri turut meminta Keluarga Malaysia agar mengelak daripada melalui kawasan banjir kilat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian dan agensi berkaitan sedang menjalankan langkah segera susulan kejadian banjir kilat di sekurang-kurangnya enam kawasan di Kuala Lumpur, petang Isnin.
Dalam ciapan di Twitter rasminya, Ismail Sabri turut meminta Keluarga Malaysia agar mengelak daripada melalui kawasan banjir kilat.

Enam kawasan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air

Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan@bombaJBPM @APMtwiter pic.twitter.com/qcDES5YRGG

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: [TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat
BACA: Banjir kilat Lembah Klang: Terowong SMART ditutup sepenuhnya
Sekurang-kurangnya enam kawasan dilanda banjir kilat petang Isnin termasuk Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Dalam pada itu, Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi susulan banjir kilat yang melanda Lembah Klang pada petang Isnin.
Penutupan itu, menurut Pusat Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaksanakan jam 4.48 petang Isnin.
Pengurusan SMART juga memaklumkan Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara, pada Isnin.
#banjir kilat #Kuala Lumpur #Perdana Menteri #Terowong SMART