Banjir kilat Lembah Klang: 40 kanak-kanak, guru diselamatkan

Astro Awani
Mac 7, 2022 20:28 MYT
JBPM berjaya menyelamatkan kesemua 40 kanak-kanak dan guru di Taska Roskani JKR Jalan Cheras, Batu 2 1/2 susulan kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara petang tadi. - Gambar JBPM KL
KUALA LUMPUR : Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan kesemua 40 kanak-kanak dan guru di Taska Roskani Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Jalan Cheras, Batu 2 1/2 di sini susulan banjir kilat yang melanda ibu negara hari ini.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pusat asuhan kanak-kanak itu mula dinaiki air susulan banjir kilat yang menyebabkan tebing tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.06 petang.
Operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan diketuai PBK II Asmawi Abd. Wahab bersama sebuah jentera FRT W1-33 dengan tujuh anggota.
BACA: Banjir kilat Lembah Klang: Lebih 20 kawasan dinaiki air, PPS dibuka di Dewan Sultan Sulaiman
BACA: 'Kereta saya lenyap dek banjir': Rintihan warga kota susulan banjir kilat Lembah Klang
#JBPM #Kuala Lumpur #banjir kilat #taska
;