Banjir kilat landa Johor Bahru, lebih 40 rumah dinaiki air

Siti Nur Aqilla Omar
November 7, 2022 13:37 MYT
Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat melebihi dua jam sejak 5.30 petang, selain masalah sistem perparitan. - Gambar/ JBPM
JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 40 rumah dinaiki air akibat kejadian banjir kilat di Johor Bahru di sini, petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagaimanapun memaklumkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Katanya kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat melebihi dua jam sejak 5.30 petang, selain masalah sistem perparitan.
"Dua lokasi penempatan penduduk yang dinaiki air ialah Jalan Keris Dua di Taman Sri Tebrau melibatkan 40 buah rumah, manakala tiga rumah di Kampung Kurnia, Larkin," katanya.
BACA: PRU15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat
Banjir kilat sedalam lebih setengah meter turut berlaku di beberapa jalan di pusat bandar.
Pemantauan berterusan masih dibuat agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
#banjir #Johor Bahru #Tebrau #hujan lebat