Banjir kilat: Jumlah mangsa meningkat kepada 86

Siti Nur Aqilla Omar
Ogos 21, 2022 11:10 MYT
Banjir dipercayai berpunca dari hujan lebat berterusan selama dua jam, selain saliran air longkang yang tersumbat. - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, pada Sabtu malam.
Ia menjadikan dua PPS dibuka di daerah Johor Bahru setakat ini yang menempatkan 86 mangsa dari 29 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS SK Bukit Mutiara menempatkan 43 mangsa dari 17 keluarga.
Ini susulan kawasan kediaman mereka di Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan di mukim Tebrau dinaiki air.
Selain itu PPS di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai menempatkan 43 mangsa dari 12 keluarga melibat banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai.
BACA: Banjir kilat: 26 penduduk Kampung Laut Batu 10 Skudai ditempatkan di PPS
Banjir dipercayai berpunca dari hujan lebat berterusan selama dua jam, selain saliran air longkang yang tersumbat.
#banjir #mangsa #PPS #JPBD
;