Banjir kilat di sekitar pusat bandar KL

Astro Awani
November 17, 2020 18:53 MYT
Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Khamis.
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Selasa.
Menurut ciapan di akaun Twitter rasmi Astro Radio Traffic @astrotraffic, keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.
Keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut.
Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen.

#kltu Banjir kilat sekitar Pusat Bandar telah menyebabkan beberapa kenderaan rosak dan terjejas, jadi jangkakan kelewatan di- JALAN AMPANG, JALAN MUNSYI ABDULLAH,JALAN TAMAN SETIAWANGSA, JALAN KUCHING, JALAN TUANKU ABDUL HALIM, JALAN MAHARAJALELA, JALAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN. pic.twitter.com/EosCjpqrtx

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1753 BANJIR KILAT Jln Parlimen: di kedua dua arah berdekatan Bank Rakyat@Rakitamy #rakitaKL #kltu @kltrafficupdate @dawnharun67 pic.twitter.com/0ykod2HGRP

— Rakita Traffic (@RakitaTraffic) November 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.
Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati.
#banjir kilat #Kuala Lumpur #hujan lebat #DUKE #Jalan Parlimen
;