Banjir kilat di Pelabuhan Klang, air naik hampir satu meter

Sinar Harian
Disember 17, 2021 22:32 MYT
Banjir kilat turut menyebabkan laluan utama ke Pelabuhan Klang dinaiki air. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Hujan lebat sejak jam 6 petang pada Jumaat, menyebabkan beberapa kawasan termasuk laluan utama di Pelabuhan Klang dilanda banjir kilat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.27 malam.
"Sekumpulan tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dikejarkan ke Jalan Perajurit 1, Telok Gong, Klang.
"Sebaik tiba di lokasi, komander operasi mendapati berlaku banjir kilat pada paras paha (anggaran hampir satu meter) susulan hujan lebat.
"Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat namun pemantauan tetap dilakukan oleh anggota bertugas di lokasi kejadian," PGO dalam kenyataan itu pada Jumaat malam.

Port Klang banjir pic.twitter.com/523WVYxe3i

— Atiqah Azim #gambarpassportonline (@atiqah_azim) December 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Port Klang banjir pic.twitter.com/523WVYxe3i

— Atiqah Azim #gambarpassportonline (@atiqah_azim) December 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PGO dalam kenyataan sama turut memaklumkan, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di Pulau Indah lalu bergegas ke tempat kejadian.
Sementara itu, ramai pengguna media sosial turut berkongsi mengenai kesesakan teruk di banyak jalan utama di Pelabuhan Klang berikutan kejadian banjir kilat berkenaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Banjir kilat di Pelabuhan Klang, air naik hampir satu meter
#banjir kilat #Klang #shah alam #hujan lebat
;