Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL

Sinar Harian
Jun 4, 2023 11:50 MYT
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.
SHAH ALAM: Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pada pagi Ahad.
Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL ingin memaklumkan laluan bas itu akan dilencongkan dari Klang sentral terus ke Jalan Meru.
"Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.
"Tiga lagi perhentian tidak boleh dilalui ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekokah Kebangsaan (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima," kata pengendali rangkaian perkhidmatan bas itu pada Ahad.
Tambah kenyataan itu, laluan yang terlibat adalah Laluan 753. - Sinar Harian
#banjir kilat #setia city mall #Rapid KL #perkhidmatan bas
;