Banjir kilat: 24 mangsa di Slim River dipindahkan ke PPS
Abd Razak Mohd Ali
Mei 16, 2020 20:44 MYT
Mei 16, 2020 20:44 MYT
Sejumlah 24 mangsa banjir di dua taman perumahan di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kediaman mereka dinaiki air lebih setengah meter.
Mereka yang terlibat terdiri daripada 15 warga Indonesia yang tinggal di Taman Seroja dan sembilan warga tempatan di Taman Yang Ming.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian di Taman Seroja pada jam 6.52 petang, manakala di Taman Yang Ming jam 6.36 petang.
“Pemindahan mangsa seramai 15 orang warga Indonesia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, sembilan mangsa di Taman Yang Ming pula dipindahkan sementara ke Dewan Tan Sri Ghazali Jawi.