KLANG: Kerajaan negeri Selangor meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan perumahan yang mempunyai masalah longkang tersumbat agar masalah 'backlog' aliran air yang menjadi punca kejadian banjir di beberapa tempat di negeri itu, dapat diatasi.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya menerima laporan daripada Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, yang memaklumkan antara punca banjir berlaku dalam minggu ini disebabkan longkang tersumbat.
"Jadi kita akan minta setiap PBT segera untuk (bersihkan) longkang bagi elakkan 'backlog' khususnya di kawasan perumahan dan hotspot banjir," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, malam ini.
Amirudin berkata pihaknya kini lebih bersedia untuk menghadapi bencana banjir khususnya dari segi pengurusan kerana sudah melakukan persediaan lebih awal dari segi khidmat sokongan kesihatan serta kecemasan.
"Pengurusan mencari dan menyelamat kali ini juga lebih pantas bagi menyelamatkan mangsa walaupun ada yang tidak mahu berpindah. Namun pihak bomba akan memantau kawasan tersebut," katanya.
Amirudin berkata setakat 10 malam tadi, seramai 211 mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia dan PPS SK Binjai, Meru di Kapar dalam daerah Klang serta PPS Masjid Al Falah Kampung Budiman di daerah Petaling.
Beliau turut memaklumkan tiga mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Al Falah disahkan positif COVID-19 dan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Budiman
Katanya, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian banjir berlaku di tempat lain selain tiga kawasan berkenaan dan memaklumkan situasi banjir di Selangor masih terkawal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Amirudin berkata pihaknya menerima laporan daripada Pengarah Bomba Selangor, yang memaklumkan antara punca banjir berlaku dalam minggu ini disebabkan longkang tersumbat. Gambar/ JBPM
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Hujan lebat: Sembilan mangsa di Kampar ditempatkan di PPS
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Nepal
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.
Banjir: Kerajaan usaha salur segera bantuan pesawah - Mohamad
Kerajaan berusaha mempercepatkan penyaluran bantuan awal melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk para pesawah yang terjejas akibat banjir di Kedah, baru-baru ini.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan.