Banjir: Keputusan bila sekolah dibuka, Isnin
Astro Awani
Disember 30, 2012 09:48 MYT
Disember 30, 2012 09:48 MYT
Tempoh dua hari diperlukan Jabatan Pelajaran Kelantan, JPN bagi memantau perkembangan terkini banjir sebelum memutuskan sama ada perlu menangguhkan sesi persekolahan yang akan bermula satu Januari.
Menurut Pengarah JPN Kelantan, Hussein Awang keputusan hanya akan dibuat Isnin ini.
Setakat ini 4 buah sekolah dinaiki air dan 3 buah sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir.
Sekolah dinaiki air dan terputus hubungan antara lain Sekolah Kebangsaan Simpangan; Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong, Sekolah Kebangsaan Telok Jering di Tumpat.
Manakala sekolah Pengkalan Kubor Satu dan dua serta Sekolah Kebangsaan Bunohan masih lagi dijadikan pusat pemindahan.
Sementara itu kerja membersih bilik darjah dimulakan pada Sabtu di 4 buah sekolah di rantau panjang.
Kerja-kerja membersih dilakukan selepas banjir surut.
JPN setakat ini belum menerima sebarang laporan kerosakan harta benda melibatkan sekolah yang dilanda banjir.
Tinjauan Astro Awani di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 1 mendapati kakitangan sekolah berkenaan mula membersihkan bilik darjah dipenuhi lumpur.
Bantuan pam air dari jabatan bomba dan penyelamat turut digunakan.