TUMPAT: Banjir melanda Kelantan meragut lima nyawa setakat semalam dengan terbaru membabitkan seorang pemuda kurang upaya (lembam) berusia 20 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, pemuda berkenaan dilaporkan hilang ketika bermain air sekitar jam 4 petang, 1 Februari lalu di Masjid Tok Sangkut, Pasir Mas.
Mangsa, Muhamad Faizal Ab.Rahman ditemukan lemas semalam dan jasadnya ditemui oleh orang awam.
"Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika bermain air di kawasan tersebut, namun semalam jasadnya baru ditemukan selepas dua hari operasi mencari dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya selepas menyampaikan makanan dan barangan keperluan kurniaan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra kepada jemaah masjid kampung Simpangan Hilir di sini, selepas menunaikan solat Jumaat, tadi.
Setakat ini, menurut Muhammad Zaki lagi, Kelantan merekodkan tiga kematian di daerah Pasir Mas, satu Kota Bharu dan satu lagi di daerah Kuala Krai.
Sebelum itu, banjir meragut korban melibatkan remaja berusia 13 dan 15, warga emas berusia 70 tahun dan pemuda berusia 26 tahun.
Sementara itu beliau memaklumkan pihaknya menerima 157 laporan polis membabitkan 441 individu enggan menerima vaksin COVID-19.
Daripada jumlah itu, 94 laporan dibuat ibu bapa yang menolak vaksinasi untuk anak mereka dan lima daripadanya merupakan penuntut institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata, laporan paling banyak diterima dari daerah Tumpat diikuti Kota Bharu dan Pasir Mas.
"Kami difahamkan, alasan yang diberikan ibu bapa adalah bimbang anak mereka akan menerima kesan sampingan dan dirasakan tidak memerlukan suntikan itu" katanya.
Untuk rekod, Kelantan negeri terendah merekodkan penerima suntikkan dos penggalak dengan tidak mencapai 30 peratus.
Muhafandi Muhamad
Fri Mar 04 2022
Sebahagian penduduk Kampung Simpangan dan kawasan sekitar terpaksa menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat berikutan kampung mereka dilanda banjir hari ini. - fotoBERNAMA
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Dua lelaki samun kedai emas dalam masa 28 saat
Dalam masa 28 saat, dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol, melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini.