Banjir Kelantan: Mangsa meningkat kepada 1,706, lapan PPS dibuka

Muhafandi Muhamad
November 13, 2022 04:50 MYT
Penduduk kampung menggunakan sampan untuk memindahkan barang ke tempat yang lebih selamat berikutan kawasan kampung dinaiki air banjir ketika tinjauan di Kampung Bawah Lembah, Rantau Panjang, 13 Nov 2022. --fotoBERNAMA
PASIR MAS: Tiada hujan direkodkan malam tadi di kebanyakan tempat di Kelantan.
Namun, mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,706 orang melibatkan 559 keluarga.
Lapan PPS dibuka setakat tengah malam tadi dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Rantau Panjang merekodkan 668 orang mangsa banjir yang mendapatkan perlindungan.
Bagaimanapun bacaan paras air Sungai Golok menurun kepada 9.67 meter melepasi paras bahaya malam tadi berbanding bacaan pada pagi semalam, 9.95 meter.
Sementara itu, mangsa banjir dari Kampung Serongga di sini berkata, air banjir dari Sungai Golok mulai membanjiri perkampungan mereka.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Pada masa sama, 223 mangsa banjir dari beberapa kampung berlindung di PPS SK Sri Kiambang setakat malam tadi.
Terdahulu setakat jam 8 malam, jumlah mangsa banjir seramai 1,681 orang membabitkan 552 keluarga direkodkan di Kelantan, ditempatkan di tujuh PPS.
#PPS #Sungai Golok #banjir #mangsa banjir
;