Banjir Kelantan: Lima kes COVID-19 dikesan di PPS
Muhafandi Muhamad
Disember 21, 2022 05:15 MYT
Disember 21, 2022 05:15 MYT
PASIR MAS: Lima kes COVID-19 dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) sewaktu banjir yang melanda Kelantan bermula gelombang pertama hingga semalam.
Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, satu kes terbaharu dikesan di sebuah PPS di Pasir Mas.
"Kita juga memantau kes COVID-19 di PPS. Dalam gelombang pertama empat kes, gelombang kedua tiada, gelombang ketiga saya belum sahkan tapi ada satu kes yang berlaku di Pasir Mas.
"Kita sudah ambil langkah pencegahan dengan membuat kuarantin pesakit dan menyaring kontak rapat dan mereka didapati negatif," katanya.
Tindakan pengasingan pesakit COVID-19 itu telah dilakukan di sebuah PPS di Pasir Mas.
Manakala ujian saringan ke atas kontak rapat individu berkenaan mendapati negatif.
Jabatan Kesihatan Kelantan turut menyaring mangsa banjir yang bergejala di semua PPS di seluruh Kelantan sebagai langkah pencegahan.