Banjir Kedah: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup
Bernama
November 29, 2024 19:14 MYT
November 29, 2024 19:14 MYT
ALOR SETAR: Susulan kejadian banjir yang menyaksikan paras air di sini semakin terus meningkat, Malaysia Airport telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) hari ini, dan menutup landasan terbang di lapangan terbang itu buat sementara waktu.
Malaysia Airport berkata terminal lapangan terbang itu bagaimanapun tetap dibuka.
"Semua penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat penerbangan terkini untuk perjalanan ke dan dari AOR. Nantikan maklumat terkini selanjutnya, dan lalui perjalanan yang selamat," katanya.
-- BERNAMA