Banjir Kedah: Jumlah mangsa turun kepada 291, hanya tiga PPS dibuka

Astro Awani
November 9, 2021 06:10 MYT
Jumlah mangsa banjir di negeri Kedah menurun kepada 291 orang daripada 74 buah keluarga setakat malam tadi. -Gambar fail
JUMLAH mangsa banjir di negeri Kedah menurun kepada 291 orang daripada 74 buah keluarga setakat malam tadi.
Menurut Data Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri tersebut.
Antara kawasan masih terjejas adalah Pendang dan Kota Setar.
Tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Dewan Serbaguna Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar.
Banjir di Kedah telah berlarutan selama seminggu.
Terdahulu pada jam 4 petang semalam, keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih apabila empat PPS di negeri itu ditutup sepenuhnya, meninggalkan hanya tiga PPS masih beroperasi, menempatkan 343 mangsa daripada 91 keluarga.
#banjir #PPS #Jabatan Kebajikan Masyarakat #infobanjir
;