Banjir Kedah: Jumlah mangsa dipindah ke PPS meningkat

Astro Awani
September 18, 2024 07:45 MYT
Gambar yang dirakamkan di Alor Setar pada Rabu menunjukkan bandaraya itu dilanda banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Kedah terus meningkat.
Setakat 6 pagi ini, sejumlah 3, 444 mangsa dilaporkan dipindahkan berbanding 2,882 orang setakat 8 malam Rabu.
Berdasarkan laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bandar Baharu menjadi daerah terbaharu yang terjejas banjir di Kedah, sekali gus menyaksikan peningkatan kepada tujuh daerah yang terkesan akibat bencana itu setakat Rabu malam.
Daerah lain yang terjejas ialah Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kota Setar .
Jumlah PPS yang dibuka juga kini meningkat kepada 28.
Lapan daripada PPS berkenaan dibuka di Kota Setar bagi menempatkan 1,205 mangsa, diikuti tujuh PPS di kubang pasu bagi menempatkan 704 mangsa.
Sementara Kuala Muda, Kulim, Pendang dan Pokok Sena masing-masing dengan tiga PPS.
#banjir kedah #mangsa banjir #Pusat Pemindahan Sementara #Jabatan Kebajikan Masyarakat
;