Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 144,069 orang daripada 43,286 keluarga yang ditempatkan di 710 pusat pemindahan sementara (PPS).
- Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 92,294 mangsa di 288 PPS, diikuti Terengganu dengan 41,711 mangsa di 335 PPS.
- Negeri-negeri lain seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, dan Melaka juga terjejas, dengan jumlah mangsa yang berbeza-beza dan PPS yang dibuka untuk menampung mereka.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan Johor, membabitkan 38 daerah.
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 288 PPS diaktifkan untuk menempatkan 92,294 orang daripada 28,615 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Terengganu pula mempunyai 335 PPS di lapan daerah, menempatkan 41,711 mangsa daripada 11,618 keluarga.
Di Negeri Sembilan, 14 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 2,004 mangsa daripada 574 keluarga.
Di Kedah, 53 PPS di tujuh daerah menempatkan 6,733 mangsa daripada 2,100 keluarga.
Selangor mempunyai satu PPS di satu daerah yang menempatkan 229 mangsa daripada 57 keluarga.
Di Perlis, tiga PPS di tiga daerah menempatkan 430 mangsa daripada 128 keluarga.
Keadaan banjir di Johor pula merekodkan 423 mangsa daripada 130 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di dua daerah.
Di Melaka, enam PPS diaktifkan untuk menempatkan 245 mangsa daripada 64 keluarga di tiga daerah.