Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun kepada 85,722 orang di lapan negeri, termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perak, Melaka, dan Perlis.
- Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 51,400 orang, manakala Terengganu mencatatkan 23,368 orang.
- Kedah merekodkan 7,122 mangsa, Pahang 1,858, Johor 1,083, Perak 661, Melaka 161, dan Perlis 69 mangsa.
Lapan negeri itu termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perak, Melaka dan Perlis.
Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 51,400 orang di 130 PPS membabitkan lapan jajahan.
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 25,590 orang di 51 PPS diikuti Tumpat 21,249 orang di 47 PPS, Bachok 2,321 orang (10 PPS) dan Kota Bharu 949 orang (10 PPS). Kuala Krai dengan 813 orang di lima (PPS), Pasir Puteh 346 orang (empat PPS) dan Tanah Merah 132 orang (tiga PPS).
Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU menyaksikan penurunan kepada 23,368 orang dan Dungun menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 7,998 orang di 30 PPS bagi kawasan tersebut. Ini diikuti Kuala Nerus 5,824 orang (16 PPS), Kuala Terengganu 4,453 orang (12 PPS), Besut 3,147 orang (28 PPS), Hulu Terengganu 1,085 orang (17 PPS), Marang 488 orang (lapan PPS), Setiu 231 orang (enam PPS) dan Kemaman 137 orang (tiga PPS).
Jumlah mangsa banjir di KEDAH pula ialah 7,122 berbanding 7,407 mangsa pada jam 8 pagi Selasa, dengan Kota Setar menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 3,906 orang di 18 PPS.
Empat lagi daerah yang terjejas ialah, Kubang Pasu 1,880 orang (12 PPS), Padang Terap 487 orang (tiga PPS), Pokok Sena 560 orang (tiga PPS) dan Sik 293 orang (empat PPS). PAHANG mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 1,858 berbanding 1,850 mangsa pada Selasa pagi dengan dua daerah terlibat iaitu Raub dan Lipis.
Mangsa banjir di JOHOR juga bertambah menjadikan jumlah terkini sebanyak 1,083 di dua daerah yang terkesan iaitu Segamat dengan 927 mangsa (18 PPS) dan Tangkak 141 mangsa (dua PPS).
Di PERAK sebanyak 661 mangsa banjir melibatkan empat daerah di Kinta 407 mangsa (lima PPS), Hilir Perak 89 mangsa (satu PPS), Kampar 69 mangsa (satu PPS), Perak Tengah 55 mangsa (dua PPS) dan Larut, Matang serta Selama 41 mangsa (satu PPS). Di MELAKA pula, jumlah mangsa banjir kekal pada 161 orang melibatkan daerah Jasin di dua PPS.
PERLIS juga dilihat tiada sebarang perubahan pada jumlah mangsa banjir dengan seramai 69 orang melibatkan daerah Arau (satu PPS). -Sinar Harian