Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan

Astro Awani
Disember 9, 2024 07:30 MYT
Kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kembali menunjukkan peningkatan setakat 6 pagi Selasa susulan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hingga Rabu ini.
Dua negeri di pantai timur kembali membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Terengganu dan Pahang.
Kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
Terengganu kembali mencatatkan peningkatan jumlah mangsa dengan 467 orang yang ditempatkan di 11 PPS.
Manakala di Pahang, 4 PPS dibukan untuk menempatkan 45 mangsa daripada 13 keluarga.
Negeri-negeri selatan tanah air turut menunjukkan peningkatan sedikit dengan Johor mencatakan 166 mangsa manakala Melaka kekal 11 orang di satu PPS yang masih dibuka.
Perak pula merekodkan 112 mangsa daripada 36 keluarga di 3 PPS.
Sementara di Negeri Sembilan, 251 mangsa kini ditempatkan di 3 PPS.
Di Sabah, 41 mangsa daripada 10 keluarga masih ditempatkan di satu PPS.
#banjir2024 #monsun timur laut #Bah Kuning #mangsa
;