Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Astro Awani
Disember 14, 2024 06:30 MYT
Disember 14, 2024 06:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Johor setakat ini mencatat sejumlah 36 mangsa daripada satu keluarga dan ditempatkan di satu PPS di daerah Segamat.
Manakala, satu PPS masih dibuka di Pahang dalam daerah Maran yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga.