Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma

Astro Awani
Disember 1, 2024 12:10 MYT
Selesai musim banjir ini, Pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas banjir untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan segera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menawarkan penggantian dokumen secara percuma kepada mangsa banjir.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggantian dokumen itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
"Sementara agensi-agensi KDN turun membantu mangsa banjir, JPN juga akan tawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan secara percuma kepada mereka yang kehilangan dokumen tersebut.
"Selesai musim banjir ini, Pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas banjir untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan segera.
"Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pasca banjir nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Sementara agensi-agensi KDN turun membantu mangsa-mangsa banjir ini, KDN melalui JPN juga akan menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan dokumen tersebut.

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Saifuddin Nasution #JPN #banjir #kad pengenalan
;