Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup

Astro Awani
Januari 15, 2018 16:39 MYT
Terkini, hanya satu PPS mangsa banjir di Mersing masih dibuka iaitu SK Labong yang menempatkan 154 mangsa dari 39 keluarga, manakala PPS di Segamat kekal empat, dan Kota Tinggi kekal satu. Foto APMM
Perkembangan banjir di Johor menunjukkan tanda semakin pulih dengan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Mersing.
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.
Setakat jam 3 petang, hanya 289 mangsa banjir dari 68 keluarga ditempatkan di enam PPS di Mersing, Segamat dan Kota Tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Pendidikan Dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat.
Menurutnya, jumlah itu menurun berbanding awal padi tadi, iaitu 1,360 mangsa dari 371 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.
Sementara itu, tujuh PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, SK Air Papan, SK Mersing Kanan, Sekolah Agama Pengkalan Batu, Sek Agama Mersing Kanan, Balairaya Kampung Air Merah dan Balairaya Benuang.
Ini menjadikan hanya satu PPS mangsa banjir di Mersing masih dibuka iaitu SK Labong yang menempatkan 154 mangsa dari 39 keluarga, manakala PPS di Segamat kekal empat, dan Kota Tinggi kekal satu.
#Ayub Rahmat #banjir #Johor #Mersing #PPS #tutup
;