Banjir Johor: Jumlah mangsa bertambah, satu lagi PPS dibuka di Pontian
Astro Awani
September 22, 2022 17:54 MYT
September 22, 2022 17:54 MYT
PONTIAN: Jumlah mangsa banjir di Johor dilaporkan meningkat hari ini dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Pontian.
Ini menjadikan dua PPS dibuka setakat ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading di Batu Pahat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan PPS di SK Kampung Sawah dibuka jam 4 petang pada Khamis.
Ia menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga apabila kediaman mereka di Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya dinaiki air akibat hujan lebat lebih lima jam.
Manakala PPS SMK Seri Gading pula menempatkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan kadar air surut sangat perlahan di kawasan kediaman mereka di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.