Banjir: Jalan utama ke Sungai Lui ditutup pagi esok

Sinar Harian
Disember 26, 2021 00:09 MYT
Amirudin berkata, kerja-kerja kutipan sampah dibuat setelah kerja pembersihan giat dijalankan pada Sabtu dan Ahad. - Gambar fail
HULU LANGAT: Jalan utama ke Sungai Lui di sini akan ditutup pada pagi Isnin bermula jam 8 hingga 10 pagi untuk kerja-kerja pembersihan sampah di kediaman dan tepi jalan kawasan tersebut.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad berkata, kerja-kerja kutipan sampah dibuat setelah kerja pembersihan giat dijalankan pada Sabtu dan Ahad.
Amirudin turut memohon pihak-pihak yang berkaitan untuk memberikan kerjasama sepanjang penutupan jalan dibuat bagi melancarkan urusan pengutipan dan pembersihan sampah dijalankan.
"Esok (Isnin), jalan utama ke Sungai Lui di sini akan ditutup bermula jam 8 hingga 10 pagi bagi membolehkan lori dan jentera untuk mengangkut dan membersihkan semua sampah di kediaman dan tepi jalan setelah pembersihan giat sewaktu Sabtu dan Ahad.
"Pohon kerjasama utk melancarkan urusan," katanya pada Ahad.
Artikel asal di Sinar Harian: Jalan utama ke Sungai Lui ditutup pada Isnin
#Banjir Hulu Langat #jalan ditutup #Menteri Besar #Sungai Lui
;