Banjir: ICQS Rantau Panjang ditutup - JIM Kelantan

Bernama
Februari 27, 2022 06:00 MYT
Anggota ATM membantu memindahkan mangsa dari Kampung Lati dan sekitar Rantau Panjang. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, terpaksa ditutup ekoran banjir yang melanda pekan Rantau Panjang dan sekitar sejak Sabtu.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Azhar Ab Hamid berkata kesemua kenderaan komersil, diminta menggunakan laluan alternatif di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah yang masih dibuka seperti biasa.
"Kesulitan yang berlaku disebabkan kakitangan bertugas tidak dapat akses ke ICQS Rantau Panjang, disebabkan laluan sudah dinaiki air hampir sedalam satu meter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan supaya pengguna mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa termasuk negara jiran, untuk sebarang prosedur terkini.
-- BERNAMA
#banjir #ICQS #Rantau Panjang #tutup
;