Banjir: Giant tutup sementara semua cawangan di Lembah Klang

Madiha Abdullah
Disember 18, 2021 20:41 MYT
Semua pasaraya Giant di Lembah Klang akan ditutup sementara mulai jam 7 malam pada Sabtu. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Semua pasaraya Giant di Lembah Klang akan ditutup sementara mulai jam 7 malam pada Sabtu (18 Dis) sehingga diberitahu kelak susulan banjir kilat yang melanda.
Giant Malaysia berkata tarikh pembukaan semula dan kemas kini terkini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi mereka.
“Kesejahteraan ahli pasukan dan pelanggan kami tetap menjadi keutamaan, dan kami berharap semua orang kekal selamat dan berwaspada.
"Kami berterima kasih atas timbang rasa anda dan kami kesal atas sebarang kesulitan yang timbul," kata rangkaian pasar raya itu dalam catatan di Facebook pada Sabtu.
Terdahulu, video yang memaparkan Giant, dipercayai cawangan Shah Alam, dinaiki air, tular di media sosial.
#banjir #Lembah Klang #Malaysia #media sosial
;