Banjir: Empat lelaki terperangkap atas pokok

Sinar Harian
Disember 25, 2023 06:19 MYT
Empat lelaki terperangkap di atas pokok di Pos Blau, Gua Musang selepas kawasan itu ditenggelami banjir pada Isnin. - Foto JBPM
GUA MUSANG: Empat lelaki terperangkap di atas pokok di Pos Blau selepas kawasan itu ditenggelami banjir pada Isnin.


Kesemua mangsa dikatakan berada di sebuah kebun sayur berhampiran Sungai Brooke.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 pagi.


"Mangsa terdiri daripada dua warga Myanmar dan dua lelaki bangsa Cina.


"Kesemua mereka berjaya diselamatkan. Operasi tamat jam 10 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#banjir #terperangkap atas pokok #Gua Musang #JBPM