Banjir di utara Semenanjung semakin buruk
Astro Awani
September 22, 2017 20:55 MYT
September 22, 2017 20:55 MYT
Keadaan banjir di utara Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan terus meningkat.
Setakat 4 petang tadi, 1918 mangsa banjir dipindahkan membabitkan 496 keluarga di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Perlis mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan 1200 orang, Kedah 666 orang, dan Pulau Pinang 52 mangsa.
Setakat ini, 20 pusat pemindahan sudah dibuka iaitu 14 di Perlis, lima di Kedah serta satu di Pulau Pinang.
Kawasan yang teruk terjejas banjir ketika ini adalah Arau di Perlis, Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta daerah barat daya dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.