Banjir di Universiti Malaya reda, laluan dibuka semula
Astro Awani
Oktober 15, 2024 14:05 MYT
Oktober 15, 2024 14:05 MYT
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampusnya di sini telah reda dan laluan yang ditutup pagi tadi telah dibuka semula.
UM turut mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir akibat hujan lebat kira-kira jam 10 pagi itu.
"Semua kakitangan, pelajar dan pelawat kampus dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan diri dan harta benda terperangkap dalam banjir.
"Pihak universiti akan memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Komunikasi Krisis UM, Farawahida Ismail di talian 03-79677009 atau email kepada masturayusoff@um.edu.my.