Banjir di Serian mula surut, mangsa di PPS kekal 569
Astro Awani
Januari 18, 2021 09:36 MYT
Januari 18, 2021 09:36 MYT
KUALA LUMPUR: Serian menjadi satu-satunya bahagian di Sarawak yang masih dilanda banjir namun paras air beransur menurun.
Menurut kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS), setakat jam 8 pagi tadi jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Serian kekal 569 melibatkan 166 keluarga.
Jumah PSS yang masih beroperasi kekal lima dengan PPS SK Tanah Puteh menempatkan paling ramai mangsa iaitu 341 orang.
Ia diikuti PPS Dewan Kpg Rimba Padi (96), PPS Dewan Masyarakat Serian (74), PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh (32) dan PPS Dewan Balek Buk Janjun (26).
JPBNS akan terus memantau perkembangan terkini banjir di Sarawak dan butiran mengenainya akan dikemas kini setiap empat jam.