Banjir di Sarawak pulih, PPS terakhir di Limbang ditutup

Bernama
September 26, 2023 12:53 MYT
Kumpulan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Buluh Balui itu merupakan penduduk dari Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak. - Facebook APM Limbang
KUCHING: Keadaan banjir di kawasan Limbang di bahagian utara Sarawak sejak Sabtu lalu pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Serbaguna Buluh Balui ditutup 9 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan lapan mangsa banjir daripada tiga keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Kumpulan mangsa banjir itu merupakan penduduk dari Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak.
-- BERNAMA
#banjir #Sarawak #PPS #pusat pemindahan
;