Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Bernama
Februari 14, 2025 22:45 MYT
Februari 14, 2025 22:45 MYT
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.
Di SARAWAK, PPS Dewan Masyarakat Beluru dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru ditutup 5 petang tadi dengan kesemua 202 mangsa kembali ke kediaman masing-masing.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan berkurangan kepada 84 orang daripada 21 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 107 orang daripada 29 keluarga pada 4 petang tadi.
"Hanya sebuah PPS di Kinabatangan masih dibuka," menurut jawatankuasa itu.
-- BERNAMA