Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Sabah dalam kenyataan memberitahu sehubungan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol telah ditutup hari ini.
"Tiada laporan diterima mengenai kejadian tidak diingini atau kematian disebabkan banjir berlaku kali ini, pihak sekretariat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Bencana banjir mula berlaku pada Selasa lepas apabila daerah Sandakan dan Paitan dilanda bencana itu akibat hujan lebat berterusan.
-- BERNAMA