Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup

Bernama
Ogos 11, 2024 05:36 MYT
Situasi banjir di daerah Hulu Perak pulih apabila kedua-dua PPS yang menempatkan 105 mangsa daripada 36 keluarga ditutup pada 9.30 pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Situasi banjir di daerah Hulu Perak pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 105 mangsa daripada 36 keluarga ditutup pada 9.30 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Semalam, lebih 100 mangsa ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi.
Dua PPS itu dibuka pada 1 pagi berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung iaitu Kampung Bandariang, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.
-- BERNAMA
#banjir #PPS #pusat pemindahan #Hulu Perak