Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Sinar Harian
Disember 7, 2024 14:00 MYT
Disember 7, 2024 14:00 MYT
KUANTAN: Banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Bandar Baru Pertanian, Maran ditutup secara rasminya pada Sabtu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, PPS terbabit ditutup jam 12 tengah hari dan semua 13 mangsa daripada empat keluarga yang dipindahkan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Banjir kembali melanda negeri ini pada 30 November lalu dengan Raub daerah pertama terjejas diikuti Lipis, Jerantut, Maran, Temerloh dan Bera.
Secara keseluruhannya, sebanyak 33 PPS dibuka di negeri ini bagi menempatkan seramai 2,177 mangsa terjejas melibatkan 679 keluarga dari daerah terjejas.
Sebelum itu, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh pada 10 November lalu. - Sinar Harian