Banjir di Lipis pulih sepenuhnya

Bernama
Disember 26, 2024 15:00 MYT
Banjir di daerah Lipis pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara yang menempatkan 89 mangsa daripada 28 keluarga ditutup tengah hari tadi. -Gambar fail/JBPM
KUANTAN: Banjir di daerah Lipis pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 89 mangsa daripada 28 keluarga ditutup tengah hari tadi.

Ringkasan AI
  • Banjir di daerah Lipis pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara yang menempatkan 89 mangsa daripada 28 keluarga ditutup tengah hari tadi.
  • Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
  • Penduduk dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa, memandangkan negara masih dalam tempoh Monsun Timur Laut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis memaklumkan, mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
"Cuaca baik, namun penduduk, terutamanya di kawasan rendah berisiko banjir, dinasihatkan berhati-hati, berwaspada, dan mematuhi arahan pihak berkuasa, memandangkan negara masih dalam tempoh Monsun Timur Laut," menurut kenyataan itu.
Banjir di Lipis dipercayai berpunca dari limpahan sungai dari Raub yang menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air paras peha semalam, memaksa penduduk berpindah ke PPS tengah hari semalam.
Pagi tadi, banjir di Raub pulih apabila semua mangsa dibenarkan pulang sekitar pukul 8 pagi tadi, menjadikan kedua-dua daerah, Lipis dan Raub, pulih sepenuhnya.
-- BERNAMA
#banjir #lipis #PPS #monsun timur laut
;