Banjir di KLIA2, 'hmm' - Tony Fernandes

Shuhami Zabri
November 10, 2015 09:04 MYT
Gambar bahagian terminal yang dibanjiri lopak air itu dimuat naik sendiri oleh Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun rasmi Twitter miliknya. - Foto Twitter @Tonyfernandes
Gempar apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dikatakan banjir petang semalam.
Kejadian dilaporkan membabitkan bahagian terminal yang dipenuhi dengan lopak air.
Gambar bahagian terminal yang dibanjiri lopak air itu dimuat naik sendiri oleh Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun rasmi Twitter miliknya dengan reaksinya: "Banjir di KLIA2, 'hmm.'"
Gambar yang dimuat naik pada Isnin itu telah menerima lebih daripada 800 retweet.

Flood in klia2. Hmm. pic.twitter.com/SodGaRiWGG

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) November 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keadaan di terminal KLIA2 itu turut mendapat kritikan daripada para netizen.
Ada mengatakan, pembinaan lapangan terbang yang penuh dengan kontroversi mungkin menjadi punca kejadian itu berlaku.
Namun, kebanyakan berharap keadaan ini dapat diselesaikan.
Lebih-lebih lagi, sebagai sebuah lapangan terbang, KLIA2 adalah pusat perlancongan dan kredibiliti negara menjadi taruhan jika perkara ini berulang lagi.
Sementara itu, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melalui akaun twitternya tampil memberi penjelasan mengenai kejadian ini.
Menurut MAHB, lantai basah di skybridge itu disebabkan oleh longkang tersumbat dan ia telah dibaiki.

Dear @tonyfernandes, the wet floor at the skybridge due to gutter clogging has been rectified. #klia2 pic.twitter.com/nCjfkoXPTr

— Malaysia Airports (@MY_Airports) November 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KLIA2 #MAHB #Tony Fernandes
;