Banjir di Kelantan terutama Rantau Panjang luar biasa - Mustapa
Muhafandi Muhamad
Januari 3, 2017 22:33 MYT
Januari 3, 2017 22:33 MYT
Situasi banjir yang melanda Kelantan hari ini terutama dalam daerah Rantau Panjang disifatkan sebagai luar jangka.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berpandangan apa yang berlaku hari ini dengan menyaksikan pemindahan lebih lima ribu mangsa banjir, adalah mengejutkan.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO turut menasihati rakyat negeri itu supaya tidak mengambil kesempatan bermain air di musim banjir ini'.
Mustapa juga menjangkakan banjir yang berlaku di Rantau Panjang ini bakal berpanjangan dalam dua tiga hari lagi.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 6,110 orang daripada 1,950 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 5,245 orang daripada 1,733 keluarga pada 5 petang tadi.
#banjir kelantan
#banjir luar biasa
#Jabatan Pendidikan Negeri
#Kelantan
#Mustapa Mohamed
#sekolah tutup