Banjir di Kelantan ragut mangsa korban kedua
Muhafandi Muhamad
Disember 2, 2019 22:31 MYT
Disember 2, 2019 22:31 MYT
Banjir di Kelantan meragut nyawa kedua tahun ini melibatkan seorang lelaki 49 tahun di Tumpat.
Mayat Eh Phong Areang, ditemui pada 11.30 pagi Isnin oleh penduduk kampung selepas tergelincir ketika mengangkat pukat di Kampung Jubakar.
Mangsa ditemui lemas kira-kira sejam selepas dilaporkan terjatuh.
Mayat ditemui oleh penduduk kampung yang mencarinya dengan menaiki bot.
Mayat mangsa dihantar unit forensik Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, setiap kali tibanya musim banjir, mangsa didakwa sering memasang pukat kerana dianggap lubuk ikan darat.
Pada Ahad, seorang kanak-kanak 7 tahun mati lemas selepas tergelincir di tali air di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.
Jasad Muhammad Eilham Hasmadi ditemui pada pagi isnin kira-kira 400 meter dari lokasi dia terjatuh.