Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

Bernama
Oktober 3, 2024 12:58 MYT
PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar yang dibuka pada 29 Sept lepas ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar yang dibuka pada 29 Sept lepas ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi.
"PPS itu sebelum ini menempatkan 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi tadi, ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
#banjir kedah #pulih sepenuhnya #APM Kedah #pusat pemindahan
;