Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di empat daerah di Kedah menurun kepada 325 orang setakat pagi ini, membabitkan 73 keluarga berbanding semalam, 83 keluarga.
Tujuh pusat pemindahan masih beroperasi manakala tujuh lagi sudah ditutup.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar Imran Azemi, jumlah itu meliputi 61 keluarga membabitkan 231 mangsa di daerah Yan.
Lima pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Surai Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, Surau Nurul Huda Batu 18 ½ dan Surau Kampung Batu 22 manakala pusat pemindahan Surau Kampung Setar sudah ditutup.
Di daerah Kuala Muda, 4 pusat pemindahan membabitkan Dewan KEDA dan Surau Kampung Tepi Sungai di Mukim Haji Kudong, Surau Kampung Batu 5, Surau Kampung Sungai Rotan dan Surau Kampung Guar Stesen di Gurun ditutup sepenuhnya.
Di Baling, mangsa yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Kampung Machang Bubuk kekal 32 mangsa daripada tujuh keluarga sejak semalam.
Di Pendang, seramai 48 mangsa membabitkan 15 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat, JKM daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, pusat pemindahan Dewan Kampung Machang Bubuk yang membabitkan 32 mangsa termasuk 14 kanak-kanak dari tujuh keluarga dijangka ditutup jam 2 petang ini memandangkan cuaca beransur pulih dan air surut sepenuhnya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 20 2016

Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di empat daerah di Kedah menurun kepada 325 orang setakat pagi ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Banjir Kedah: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup
Malaysia Airport telah mengumumkan menutup landasan terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.

Banjir Kedah: Bomba selamatkan wanita lumpuh terperangkap dalam rumah dinaiki air
Seorang wanita yang menderita penyakit saraf dan lumpuh seluruh badan diselamatkan pasukan bomba selepas kediamannya di Kampung Tanjung, di sini dinaiki air pada Khamis.

Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

7,252 mangsa banjir di Kedah berlindung di 35 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 7,252 orang setakat 4 petang ini berbanding 7,958 orang pagi tadi.

Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Faktor hujan lebat disertai fenomena air pasang besar yang berlarutan selama beberapa hari dipercayai punca berlakunya banjir di negeri ini, khususnya di daerah Kota Setar.

Banjir Kedah: Penduduk waspada kes pecah rumah, buat rondaan guna bot
Keadaan rumah digenangi banjir dan ditinggalkan tanpa penghuni kerana berpindah ke pusat pemindahan, meresahkan penduduk kampung di kawasan Tanah Merah, terhadap ancaman jenayah pecah rumah.

Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.

Banjir Kedah: PPS di Padang Terap ditutup sepenuhnya
PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka di Padang Terap, tengah malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.