Banjir di enam daerah di Pantai Timur bermula Rabu - NADMA
Astro Awani
November 27, 2017 18:08 MYT
November 27, 2017 18:08 MYT
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran banjir yang diramal berlaku pada Rabu, 29 November 2017, bermula jam 6.00 pagi.
Menurut kenyataan, kawasan banjir melibatkan tiga jajahan di Kelantan, Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah dan tiga daerah di Terengganu, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.
NDCC turut memaklumkan mengaktifkan semua Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri dan Daerah sebagai langkah persediaan banjir.
Terdahulu agensi itu mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dan buruk pada awal pagi hari ini.
Amaran itu melibatkan hujan lebat di utara Kelantan, beberapa tempat di Johor dan timur Pahang bermula tengah hari sehingga lewat petang ini.
Awan hujan pula tertumpu di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sejak tengah hari tadi.
Pada malam pula, awan hujan diramal tertumpu di pedalaman Kelantan dan Terengganu.
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#bah
#banjir
#Gua Musang
#hujan
#Kelantan
#Kuala Krai
#Kuala Terengganu
#monsun
#NADMA
#NDCC
#operasi
#Pusat Kawalan Bencana Negara
#pusat operasi bencana
#terengganu