Banjir: Bot bawa bantuan terbalik di Sungai Tembeling, 3 anggota APM selamat

Fareez Azman
Januari 5, 2022 15:35 MYT
Seorang anggota sempat merakam video misi mereka termasuk keadaan jeram yang dilalui sebelum bot itu dimasuki air secara tiba-tiba lalu terbalik dan karam. - Gambar/ APM
TEMERLOH: Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan banjir terbalik dan karam di Sungai Tembeling, di Jerantut, pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 11.00 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Aur untuk menghantar bakul makanan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Perjalanan mereka berdepan kesukaran apabila bot menghala ke arah hulu sungai itu terpaksa meredah arus deras.
Bot APM bawa bantuan banjir terbalik di Sungai Tembeling
SEMUA LAPORAN MENGENAI BANJIR ADA DI SINI
Seorang anggota sempat merakam video misi mereka termasuk keadaan jeram yang dilalui sebelum bot itu dimasuki air secara tiba-tiba lalu terbalik dan karam.
Kesemua anggota terbabit dihanyutkan arus sejauh kira-kira 500 meter sebelum diberi bantuan oleh penduduk Kampung Orang Asli Dedari yang berada di tebing sungai itu.
#Banjir 2021 #bot terbalik #sungai tembeling #anggota APM selamat