Kebimbangan bencana banjir berulang oleh penduduk di beberapa buah kampung di pinggir bandar Kuantan, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan menjadi kenyataan apabila mereka terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan pada Isnin.
Mereka yang sedang sibuk mencuci rumah terpaksa berpindah semula dalam masa tidak sampai 48 jam selepas banjir surut Sabtu lalu apabila rumah mereka dinaiki air pada Isnin ekoran hujan lebat malam semalam.
Di KUANTAN, tinjauan Bernama mendapati Kampung Pandan, Kampung Chendering dan Perumahan Awam Kos Rendah Pandan paling teruk terjejas ekoran paras air naik mendadak selepas hujan lebat berterusan sejak tengah malam semalam.
Seorang mangsa banjir, Kamariah Jusoh, 65, berkata, beliau yang telah pulang ke rumah daripada pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dekat sini Sabtu lalu terpaksa kembali semula ke situ hari ini ekoran rumahnya kembali dinaiki air.
"Sebelum ini saya dah tinggal di sini (pusat pemindahan) dua hari ... baru sahaja pulang ke rumah dan mula cuci rumah tiba-tiba air naik semula ... kotor semula rumah makcik," katanya ketika ditemui pemberita di pusat itu hari ini.
Ibrahim Jamal, 60, pula terpaksa menutup semula kedainya ekoran paras air naik mendadak sejak awal pagi semalam.
Sehingga pukul 4 petang tadi seramai 364 mangsa melibatkan 101 keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.
Di KUALA KRAI, limpahan air Sungai Lebir akibat hujan lebat memaksa penduduk Kampung Laloh yang sedang sibuk mencuci rumah pada Isnin, bergegas menyelamatkan diri ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.
Tinjauan Bernama mendapati ada beberapa rumah penduduk ditenggelami air sehingga mencecah bumbung.
Seorang penduduk Ibrahim Mat, 65, berkata, apa yang menjadi keutamaan dirinya dan isteri ketika banjir itu melanda ialah keselamatan tiga orang anak mereka yang berumur dalam lingkungan lapan hingga 14 tahun.
"Pakcik dengan makcik memang tidak fikir apa dah. Keselamatan anak-anak ... hak tu yang penting" katanya ketika ditemui Bernama.
Ibrahim berkata jumlah kerugian dialaminya tidak begitu tinggi kerana barang-barang sudah dialihkan ke tempat tinggi sebelum banjir gelombang pertama melanda.
Ketua Balai Polis Paloh, Sarjan Mejar Hamatli Seman berkata, secara keseluruhan, terdapat 18 keluarga melibatkan 69 penduduk yang sedang berada di pusat pemindahan itu.
Sementara itu, jalan ke Kampung Lata Rek, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kuyu, di sini, terputus hubungan apabila ditenggelami air dari sungai Lata Rek, dan diburukkan lagi dengan kejadian tanah runtuh di laluan sebelum kawasan banjir itu.
Seorang penduduk, Mohd Zawawi Mohamad, 27, mendakwa tanah runtuh itu terjadi apabila sebuah syarikat yang ingin membuat projek sarang burung walit, telah mengorek tanah bukit secara sewenang-wenangnya.
"Bila dia tarah bukit tu, tanah runtuh akibat hujan lebat sampai menyusahkan penduduk setempat," katanya.
Anggota tentera daripada Kem Sungai Durian, Kuala Krai turut terlibat dalam operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.
Bernama
Mon Dec 22 2014
Tinjauan mendapati Kampung Pandan, Kampung Chendering dan Perumahan Awam Kos Rendah Pandan paling teruk terjejas ekoran paras air naik mendadak - Foto BERNAMA
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.