Banjir Baling: Hanya satu PPS tempatkan 30 keluarga masih dibuka
Adie Sufian Zulkefli
September 8, 2022 23:18 MYT
September 8, 2022 23:18 MYT
BALING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al Huda Kampung Hangus ditutup petang tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan cuaca cerah hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata kini hanya satu PPS di Dewan Kampung Padang Empang masih beroperasi dengan menempatkan 94 orang mangsa dari 30 keluarga.
“PPS Masjid Al Huda ditutup jam 7 petang tadi namun sekiranya hujan lebat turun dan mengancam keselamatan penduduk mereka akan dipindahkan semula ke PPS.
“Mangsa di PPS di Dewan Kampung Padang Empang tidak dibenarkan pulang susulan kediaman mereka masih diselaputi lumpur dan belum dibersihkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Faizol berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih dalam situasi siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan turun dengan lebat tindakan segera pemindahan mangsa perlu dilakukan.
#banjir baling
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
#Masjid Al Huda Kampung Hangus
#mangsa banjir
#bencana banjir
#APM