Banjir: 913 mangsa ditempatkan di 10 PPS di Kedah, Perlis

Afiezy Azaman
September 27, 2023 05:30 MYT
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Kota Setar membawa mangsa-mangsa banjir dari Kampung Bukit, Mukim Derang ke Pusat Pemindahan Banjir di Pokok Sena, 27 Sept 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan seramai 913 orang daripada 267 keluarga, setakat jam 5 pagi, hari ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua negeri berkenaan.
Kedah terus mencatatkan peningkatan jumlah penduduk terjejas dengan keseluruhannya melibatkan 871 mangsa banjir daripada 251 keluarga.
Terdapat sembilan pusat pemindahan dibuka di kawasan terjejas termasuk Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.
Sementara itu, hanya sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Perlis yang menempatkan 42 mangsa daripada 16 buah keluarga.
#PPS #banjir #Kedah #Perlis
;