Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Astro Awani
Disember 13, 2024 11:45 MYT
Disember 13, 2024 11:45 MYT
KUALA LUMPUR: Masih terdapat 444 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga yang kini ditempatkan di 11 PPS di empat negeri.
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS dalam daerah Manjung dan Perak Tengah.
Di Johor, dua PPS dibuka yang menempatkan 85 mangsa daripada 26 keluarga dalam daerah Segamat.
Sementera di Terengganu mencatatkan 80 mangsa daripada 16 keluarga yang kini berteduh di dua buah PPS di Kemaman.
Manakala, Pahang merekodkan 59 mangsa daripada 17 keluarga dan ditempatkan di 5 PPS dalam daerah Bera, Maran dan Temerloh.