Banjir: 30 jalan utama di Kelantan ditutup

Sinar Harian
November 30, 2024 06:15 MYT
Jalan Kemuning-Bukit Belah, Machang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan pada Sabtu. - Foto Roadcare Wilayah Kelantan/Sinar Harian
KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan ketika ini menyaksikan 30 jalan utama ditutup sementara berikutan dilimpahi air.
Roadcare Wilayah Kelantan menerusi laman Facebooknya memaklumkan daripada keseluruhan itu, 14 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan manakala 16 lagi hanya kenderaan ringan.
"Pasir Mas merekodkan jumlah jalan paling banyak ditutup iaitu 10 manakala Pasir Puteh (4), Kota Bharu (4), Tanah Merah (3), Tumpat (3), Kuala Krai (2), Bachok (2), Jeli (1), dan Machang (1).
"Jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan di Pasir Mas ialah Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung; Jalan Tok Deh-Gual Periok; Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang; Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Lubok Jong-Tanah Merah.
"Di Tumpat pula Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, manakala Tanah Merah (Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah), Jeli (Jalan Batu Melintang-Kalai) serta Machang (Jalan Kemuning-Bukit Belah)," menurut hantaran tersebut. - Sinar Harian
#banjir #jalan tutup #kenderaan ringan #Kelantan
;