Banjir: 25,478 mangsa ditempatkan di 220 PPS

Astro Awani
Disember 26, 2023 19:00 MYT
Sejumlah 25,478 mangsa dipindahkan ke 220 PPS di empat buah negeri. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 25,478 mangsa dipindahkan ke 220 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor yang dilanda banjir.
Setakat 6 petang, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,980 orang yang berlindung di 83 PPS di lapan daerah.
Menurut portal info bencana JKM, daerah yang terjejas ialah Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.
Di Terengganu, seramai 9,991 mangsa banjir ditempatkan di 124 PPS di lapan daerah membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Setiu.
Pahang pula mencatatkan sedikit penurunan kepada 503 mangsa yang kini berlindung di 12 PPS di Lipis dan Raub.
Selangor kekal merekodkan empat mangsa daripada satu keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS yang dibuka di Kuala Langat, Selangor.
#Kelantan #terengganu #PPS #Banjir 2023
;